Thursday, 12 September 2013

Mesej Disebalik Lagu "Cintailah Ilahi" by In Team

Mari kita perdengarkan lagu ini dahulu dan cuba memahami dan menghayati lirik tersebut... kalu nak dengar kat playlist aku pon ada (dekat bawah, belah kanan. Pilih list lagu number 6). Sambil baca sambil dengar.. Syok kan ;)



Tajuk : Cintailah Ilahi
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team

Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta

Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai

Mungkinkah si dia ?kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidak kan dihancurkan?

Jika kau mencintai bunga

Sedarlah engkau bunga itu ?kan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia ?kan pergi

Jika kau mencintai harta

Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi 


Senilagu : Bakafro (Raihan Creative) Senikata : Bakafro (Raihan Creative)
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd. Penerbit : Bakar Raihan Susunan Muzik : Firdaus Mahmud Perkusi: Hamzah

Lagu nie banyak memberi nasihat kepada kita semua(termasuk jugak aku). Apa yang aku faham apa yang nasihat yang terdapat pada lagu nie  mengenai cinta (cinta is fantastic, right? haha..) Rasa cinta itu adalah satu anugerah yang Allah kurnia kan pada hambaNya. Manusia diberi satu perasaan mawaddah yang bermaksud kasih sayang. Itu adalah satu fitrah dan begitu jugak dengan cinta. Siapa yang tak inginkan kasih sayang dan cinta bermaksud dia melawan fitrah yang Allah dah tetapkan. Orang ada kata cinta itu buta. Betul ke? Ya! Cinta itu memang buta. Dalam Al-Quran ada menyebut mengenai cinta buta iaitu "Cinta shobwah". Cinta shobwah adalah cinta buta, cinta yang mendorong kita untuk buat apa sahaja untuk seseorang. Dan kerana cinta akan seseorang kita sanggup berkorban apa saja (sebab cinta tu kan buta :P). Asik pikir tentang orang yang dirindui, disayangi. Kalau boleh nak hadap muka si dia 24jam (betul kan? ;) ). Ada yang sanggup memberi jiwa dan raga (I sanggup buat apa saja untuk U.. konon nyer) Harus dipikir kembali adakah kita dicinta itu adalah si dia ikhlas? Adakah apa yang kita beri itu dihargai? Adakah dia mencintai kita kerana harta? paras rupa? atau untuk memuaskan nafsunya? Adakah dia mempunyai niat untuk bernikah? Jangan sampai sanggup serahkan maruah (terutama wanita). Yang memberi masalah kepada si pencinta dan si dicinta (yang saling mencintailah) adalah bercinta hingga melupakan cinta kepada si dia yang utama hingga mendahulukan cinta kepada hambaNya berbanding Allah. Apabila cinta kepada Allah bukan diletakkan yang pertama dalam list cinta itu yang menyebabkan melanggar perintah-perintah Allah, tak memikirkan dosa dan pahala. Benarlah apa yang dikatakan cintakan bunga ia akan layu, cintakan harta nanti akan kita tinggalkan, cintakan manusia suatu hari ia akan pergi. Cintakan Allah itu yang kekal abadi :D. Letakkan lah cinta kepada Allah S.W.T sebagai cinta yang utama sebelum cinta-cinta yang lain. Carilah si pencinta yang mencintai hambaNya kerana dan atas cintanya kepada penciptanya(Allah). So, Cintailah Ilahi....

by yazitmadmor~http://ajitluvislam.blogspot.com

2 comments: