Kau pernah minat pada seorang wanita tak?” tanya kawan aku ketika kami sedang duduk berehat diantara waktu lapang untuk kuliah yang seterusnya.
“Pernah lah,” Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.
"Berapa kali?"
"Baru 1kali.." jawab dengan yakin.
"Masih menjalinkan hubungan?" tanya kawan aku lagi.
"Tidak!"
"Mengapa? adakah cinta monyet? cinta untuk suka-suka?" tanya kawan aku dengan perasaan ingin tahu.
"Niat aku mengenali dia untuk menikahi dia, bermaksud aku serious dan bukan untuk suka-suka atau main-main." jawab aku dengan ringkas."
"Tapi.. kenapa kau break?"

"Adalah sebabnya.. tak perlu tahu" rasa segan ditanya soal peribadi.
"Kau masih suka dengan dia?" tanya kawan aku lagi
"Masih!"
"Masih!"
“Kalau kau masih suka, apa kau akan buat?”
Aku akan berdoa. "Ya Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu untuknya dan untukku, Jika jodoh kami untuk bersama, kau satukanlah kami hingga jannahmu, kau kurniakanlah kami zuriat soleh, solehah, dan cerdik pandai, kau istiqomah kan kami menjadi zauj dan zaujah yang soleh dan solehah dalam melayari bahtera alam rumah tangga, kau limpahi lah rumah tangga kami dengan sakinah, mawaddah, serta rahmahmu"
Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk hambaNya sesungguhnya dia Maha Mengetahui. Jodoh sudah ditetapkan sejak kita berumur 4 bulan dalam perut ibu kita. Aku cuma berdoa dan terus berdoa. Jika benar dia jodohku, insyaAllah kami akan bersama walaupun berbagai halangan. Jika dia bukan jodohku ak redha, semua itu adalah ketentuan Allah sesungguhNya semua itu adalah diatas kehendakNya” jawab aku.

“Oh…” kawan aku terus terdiam.
Persoalan yang seringkali timbul dalam hati setiap hamba Allah di muka bumi yang mendambakan cinta sesama manusia. Terkadang seribu usaha telah dilakukan dan tawakkal serta doa telah dilafazkan. Akan tetapi adakah hasilnya seperti apa yang diharapkan?
Sedarlah bahawa usaha itu adalah satu kemestian yang dilakukan oleh setiap hamba Allah dimuka bumi kerana kita harus merancang akan tetapi Allah yang menentukan segalanya. Berapa ramai insan yang kecundang selepas usaha yang dilakukan tidak seperti apa yang dijangkakan?Bahkan ada yang memaling pada mentaati perintah Allah setelah kecewa dengan pengakhiran suatu usaha itu.
Dengan rukun iman keenam yakni percaya pada qada' dan qadar. Tidak redha dengan ketentuanNya bermakna tidak percaya pada rukun iman keenam.
Jadikanlah Al-quran itu sebagai panduan. Sunnah menjadi ikutan. Solat hajat menjadi tempat mengadu luahan perasaan. Istikharah sebagai penghubung hati pada tuhan agar diberikan jalan dalam membuat pilihan. Indahnya Islam dalam mengajar umat islam untuk mencari jodoh yang baik.
Berusahalah untuk mencari cinta sejati dengan sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya. Jangan pernah putus asa dalam usaha. Ujian Allah dalam meniti suatu perjalanan mencari cinta sangatlah berat kerana Allah inginkan hamba-hambaNya meminta-minta padaNya. Bersabarlah atas setiap ujian yang kita hadapi dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya. Bersabarlah walaupun berbagai halangan seperti restu orang tua, kewangan, status, atau apa-apa sahaja sekalipun jika sudah ditetapkan jodoh kita bersama si dia, InsyaAllah pasti akan bersama kelak kerana itu semua adalah ujian buat hambaNya. Bersangka baiklah dengan Allah, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Jika pilihan kita bukan seperti yang kita harap dan dambakan, percayalah tidak akan sesekali akan rugi bagi mereka yang bermusyawarah dan beristikharah kepada Allah. Adakalanya pilihan manusia itu, walau baik pada pandangan mata manusia, tetapi hakikatnya penuh kemudharatan tanpa kita sangka. Sedangkan sesuatu yang kita rasakan kurang baik di mata manusia, rupanya penuh kebaikan padanya tanpa sedikit pun kita menyedarinya. Mungkin juga pada saat ini kita melihatnya sesuatu yang indah, namun kita tidak tahu ianya akan menjadi suram pada masa mendatang.
Demikianlah pilihan Allah… ianya adalah baik untuk kita, agama kita, dan baik untuk setiap keadaan dan waktu yang ada. Pengetahuan Allah mengatasi pengetahuan hamba-hambaNya, maka serahkan urusan jodoh itu pada Allah. Jangan dipeningkan kotak fikir kita memikirkan siapa jodoh kita. Jodoh itu rahsia Allah begitu juga ajal. Jika ada jodoh, pasti tidak akan ke mana. Yang penting siapkan diri kita agar menjadi soleh dan solehah. Siapa jodoh kita adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Jika kita soleh, insyaAllah Dia akan temukan kita dengan yang solehah. Jika kita solehah, maka Allah akan temukan dengan yang soleh. Bukankah Allah telah berfirman, Lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Maka Yakinlah! Janji Allah itu adalah benar.

Jangan mudah lesu dengan istiqamah.Jangan mudah mengalah dengan ujian yang ada tetapi jadikan lah ujian itu sebagai satu kekuatan pada kita untuk terus berusaha dalam mencari cinta sejati. Namun nilai suatu cinta itu janganlah dilandaskan dengan nafsu. Biarlah ianya diredhai ole Allah swt. Suatu cinta yang berlandaskan nafsu itu mengundang murka Allah.
Tepuk dada tanya fikiran kerana apa kita cintakan seseorang itu. Adakah kerana hartanya? kerana paras rupanya? atau kerana agamanya? Pujilah kaum hawa itu atas kecantikannya tetapi pujilah dengan niat semata-mata pujian atas keindahan ciptaan Allah. Pujian yang bersandarkan kebesaran dan keagungan yang menciptakannya. Janganlah memuji bersandarkan nafsu dan janganlah memuji sehingga mengundang syirik padaNya.
InsyaAllah para sahabat yang membaca artikel ini akan saya doakan juga supaya anda dipertemukan jodoh yang baik yang mampu membahagiakan anda bukan sahaja di dunia bahkan di syurga kelak. Ameen ^_^
by yazitmadmor~
ajitluvislam.blogspot.com
.jpg)
2 comments: