Wednesday, 17 July 2013

Novel Dua Syurga Dalam Hatiku


Novel Dua Syurga Dalam Hatiku nie adalah karya Noorfadzillah Omar. Novel nie sambungan pon novel sambungan, novel sambungan kepada novel Hantaran Kasih Tuhan. Walaupun aku tak berkesempatan nak baca novel Hantaran Kasih Tuhan sebab masa tu aku dekat matrik jugak masa tuh, memang tak sempat nak layan sangat novel-novel nie.. (study hard kate nyer :P) hahaha.. Lagipun aku jarang outing, tak sempat nak beli jugak. Nie novel Dua Syurga Dalam Hatiku sambungan kepada novel Hantaran Kasih Tuhan.. Banyak flashback novel Hantaran Kasih Tuhan yang pengarang ungkit semula. At least sedikit-sebanyak aku tahu jugak lah apa jalan cerita novel sebelum nyer, novel Hantaran Kasih Tuhan. Masa mula-mula baca novel nie agak slow lah.. sebab nie novel sambungan, agak blur jugak masa mula-mula baca. Tapi lama-lama makin best :D

Novel nie mengisahkan seorang lelaki bernama Engku Ashraf. Seorang lelaki bekerjaya dalam bidang perniagaan dan merupakan seorang duda mempunyai seorang anak kecil bernama Ain. Ashraf kehilangan isterinya yang bernama Nur Wardah ketika saat isterinya mahu melahirkan puteri sulungnya. Dalam novel nie Ashraf banyak menyesal sebab tak menghargai isteri dia dengan sebaiknya sewaktu isterinya hidup. Selepas kematian isterinya baru dia kenal erti penyesalan (tulah, dah tade baru nak menyesal). Selepas kematian isternya Ashraf menjaga anaknya bersama orang tuanya. Selepas kematian isterinya Ashraf tidak tertarik dengan mana-mana wanita. Dia menyesal selama nie dia tak sedar dia mempunyai seorang isteri yang sangat baik dan dia tak menghargai isterinya dengan menjalinkan hubungan dengan anak makciknya yang bernama Rasyidah (kiranya sepupu dia lah tu). Makcik dia yang bernama Suraya dan anaknya cuma nak harta dia jer (flashback novel dulu).

Ok. Mama Ashraf selalu menyuruh Asyraf mencari seorang isteri dan sebagai ibu kepada cucunya. Seorang anak perlu membesar dengan kasih sayang ibu kan.. Asyraf selalu cakap dia nak isterinya bukan orang lain (bila isteri dah tade baru nak setia, time ada dulu tanak jaga elok-elok). Pada suatu hari sepupu kepada Nur Wardah bernama Ameesha pulang ke Malaysia selepas habis belajar di luar negara. Yang menariknya rupanya mirip sangat-sangat paras rupa Nur Wardah. Disini lah bermula ceritanya.. Aku malas dah lah nak cerita. Kalau aku ada masa aku update semula.. Kalau nak tahu cerita full bacalah yer.. Klu nak pinjam novel aku pon boleh jer..

No comments:

Post a Comment